Syarah Al Hikam – Mutiara Kata yang Indah

Syarah Al Hikam - Mutiara kata Yang Indah
Syarah Al Hikam – Mutiara Kata yang Indah (Jilid 1)
Keluaran: Telaga Biru
Oleh: Ibn Athaillah Iskandary
Susunan Oleh: Dr. Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
Halaman: 524 mukasurat

Salam..

Kitab asal ditulis oleh al-Imam Ahmad Abul Fadhal atau nama sebenarnya Tajuddin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin Athaillah Iskandary. Beliau adalah seorang waliyullah, arif-billah dan ahli kasyaf, murid kepada al-Imam Abu Abbas al-Marsy. Beliau menganut ajaran tasawuf al-Imam Abul Hasan al-Syazily. Mutiara daripada dua orang ulama besar ini lahirlah al-Imam Ibn Athaillah Iskandary sebagai alim besar dalam ajaran hakikat Tauhid dan Tasawuf.

Matan Hikmah 26:

Ibn ‘Ajibah berkata: “Sesiapa yang mengenali Allah swt sudah pasti dia kembali kepada-Nya pada setiap urusan dan bergantung kepada-Nya pada semua keadaan.”

Syeikh Zarruq berkata: “Cukuplah dengan cara ini iaitu kembali kepada Allah swt merupakan tanda keuntungan. Sebaliknya kembali kepada nafsu ialah tanda kerugian.”

Sepertimana kata Ibn Athaillah:

Antara alamat atau tanda kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada Allah swt pada permulaannya.

Mafhum Hikmah:

Antara tanda kerugian pada akhir sesuatu perkara ialah mengikut nafsu pada permulaannya. Hal ini adalah kerana jika permulaan dengan Allah swt natijah kesudahannya juga kepada Allah swt. Itulah kejayaan hakiki.

Iktibar Hikmah

Syeikh Zarruq berkata: “Antara alamat kerugian pada kesudahan sesuatu adalah dengan kembali kepada nafsu pada permulaannya. Hal ini adalah kerana jika permulaannya dengan Allah swt, pasti kesudahannya juga kepada Allah swt.

Syeikh Al-Nahjuri berkata: “Sesiapa yang kenyangnya dengan makanan, dia sentiasa berada dalam keadaan lapar. Siapa yang kayanya dengan harta, dia sentiasa berada dalam fakir. Siapa yang memohon hajat kepada selain Allah swt, dia sentiasa dihalang atau disekat dan siapa yang minta pertolongan dalam urusannya kepada selain Allah swt, dia sentiasa dalam keadaan hina.”

Sebahagian ulama tasawuf berkata: “Sesiapa yang menyangka bahawa dia akan sampai kepada Allah swt dengan yang lain selain Allah swt, dia tak akan sampai, dan sesiapa yang minta pertolongan dalam ibadat kepada dirinya sendiri nescaya akan diserahkan kepadanya.”

Ibn Ajibah berkata: “Jika kamu mahu cita-citamu berjaya dan hajatmu sampai perlulah pada awalnya lagi kamu kembali kepada Allah swt. Buangkan segala keraguanmu untuk melakukan sesuatu dengan bergantung kepada dirimu sendiri.”

Benarlah kenyataan penyair:
Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak,
Nescaya tidak mungkin makhluk menolongnya,
Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan,
Nescaya sesatlah kamu sekalipun pakar yang menunjukkannya.

Akhir kata sebuah kitab yg amat3 baik.. MySpace

About these ads

Satu Respons to “Syarah Al Hikam – Mutiara Kata yang Indah”

  1. Great post. I will be facing many of these issues as well..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: