Hidayatus Salikin

Hidayatus Salikin Jilid 1
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: TG Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah
Keluaran: Khazanah Fathaniyah
Halaman: 195 mukasurat
Salam..
Judul lengkap kitab nie ialah Hidayatus Salikin fi Suluk Maslakil Muttaqin “Petunjuk bagi orang yang berjalan kepada Allah taala”. Kitab ini merupakan terjemahan al-Alamah Syeikh Abdus-Shamad al Falimbani rahimahullahu taala daripada kitab “Bidayatul Hidayah”, sebuah kitab ringkasan terhadap kitab “ihya Ulumiddin” karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rahimahullahu taala, beliau juga banyak membuat tambahan-tambahannya yang juga diambil dari karangan Imam al-Ghazali rahimahullahu taala.
Terkandung dua bab didalamnya yang dimulai dengan Mukadimah.
Bab 1: Akidah Ahli Sunah Wal jamaah
Bab 2: Menyatakan taat yang zahir
Turut disertakan dua buah manuskrip:
1.Zahratul Murid
2.Najatul Ikhwan

Hidayatus Salikin Jilid 2
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: TG Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah
Keluaran: Khazanah Fathaniyah
Halaman: 271 mukasurat
Sambungan pada bab ke 3 hingga bab ke 5..
Bab 3: Menyatakan Maksiat yang zahir
Bab 4: Menyatakan Maksiat yang batin
Bab 5: Menyatakan taat yang batin
Turut disertakan tiga buah manuskrip:
1.Fat-hur Rahman Ibnu Ruslan.
Yang diberi gantung melayu oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
2.Lubabut Tasawuf / Syarbul Muntahi.
Karya Syeikh Ibrahim Bin Hasan al-Kurani diberi gantung melayu oleh Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri
3.Tuhfatul Mursalah
Karya Syeikh Muhammad bin Fadhullah al-Burhanpuri al-Hindi diberigantung melayu oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani

Hidayatus Salikin Jilid 3
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: TG Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah
Keluaran: Khazanah Fathaniyah
Halaman: 284 mukasurat
Sambungan pada bab ke 6 dan bab ke 7..
Bab 6: Menyatakan tentang Zikir dan Kemuliaannya
Bab 7: Menyatakan Adab bersahabat
Turut disertakan cetekan jawi melayu kitab Hidayatus Salikin

Hidayatus Salikin
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam
Keluaran: Khazanah Banjariah dan Pustaka Suhbah
Halaman: 332 mukasurat
Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullahu taala berasal dari Palimbang Sumatra, Indonesia. Gelaran al-Falimbani itu bersempena dengan nama tempat kelahirannya di Palimbang, Indonesia. Kitab ini adalah diantara sekian banyak karangan ulama Nusantara yang telah diberi berkat oleh Allah taala, sehingga ia terus dibaca di pondok-pondok, surau-surau, masjid-masjid dan majlis taklim.
Manusia itu ada 3 bahagian:
1.Manusia yang diumpamakan seperti makanan. Yang tiada orang yang tidak memerlukannya.
2.Manusia yang diumpamakan seperti ubat. Yang mana orang berkehendakkan kepadanya pada waktu sakit dan tiada berkehendakkan kepadanya pada waktu sihat.
3. Manusia yang diumpamakan seperti penyakit.Maka tiada orang yang memerlukannya.

Hidayatus Salikin
Oleh: Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani
Susunan: Abdul Ghani Jabal Maraqy
Keluaran: Jabal Maraqy Enterprise
Halaman: 311 mukasurat
Pesanan terakhir Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rahimahullahu taala:
Dan sekadar ini, yakni sebanyak yang tersebut di dalam kitab “Bidayatul Hidayah” yang hamba terjemahkan masalahnya itu di dalam kitab ini, memadailah bagimu wahai orang yang baru belajar ilmu tasawuf di peringkat permulaan hidayah. Maka cubakanlah ia bagi dirimu, kerana kitab Bidayatul Hidayah itu terbahagi kepada tiga bahagian:
Pertama, pada mengerjakan segala ketaatan zahir dan batin.
Kedua, pada meninggalkan maksiat zahir dan batin.
Ketiga, pada menyatakan percampuran Pencipta dengan yang dicipta.
Yakni kitab Bidayatul Hidayah merangkumi sekalian muamalat hamba terhadap Tuhan yang menjadikannya dan muamalat terhadap makhluk.
Jika engkau melihat pada kitab Bidayatul Hidayah ini dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya secocok dengan dirimu, yakni dirimu berkenan kepadanya dan engkau dapati hatimu cenderung kepadanya dan gemar pada mengamalkannya, maka ketahuilah bahawa engkau adalah hamba yang diterangkan hati oleh Allah Taala dengan nur keimanan dan Ia membuka hatimu bagi iman dan Islam. Dan sebenarnya bagi permulaan itu ada kesudahan. Dan di belakang yang demikian itu ada beberapa rahsia yang tersembunyi yang tiada terhingga dan di dalamnya ada beberapa perkara yang aneh yang tiada terbuka dan beberapa ilmu dan pendedahan yang tiada terkira. Sesungguhnya aku taruh yang demikian itu di dalam kitab “Ihya Ulum ad-Din”. Maka berusahalah untuk mendapatkannya.

assalam,
boleh di copy isi daripada kitab hiyatus shalikin
ke email saya.
ilham - 28/03/2011 at 10:10 am |
satu kitab yang teramat lengkap dan sesuai untuk diamal bagi keselamatan di dunia dan akhirat
Muhammad - 28/04/2011 at 4:11 pm |
assalam… mohon di copykan isi kitabnya ke email sy
kitar abai - 14/06/2011 at 12:50 am |
kitab2 ini ada dijual di kedai buku ke? sye berminat utk mndapatkannya…
jas - 02/10/2011 at 2:41 pm |