Tasawuf Mendamaikan Dunia

Tasawuf Mendamaikan Dunia
Tasawuf Mendamaikan Dunia
Kitab Asal: Islam n World Peace : Explanations of A Sufi
Oleh: M R Bawa Muhayyaddin.
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 184 mukasurat

Salam..

Buku ini merupakan buku pertama Bawa Muhayyaddin yang diterbitkan setelah beliau meninggal dunia. Selama dekad terakhir dari masa hidupnya, beliau berkali-kali mengungkapkan keperihatinannya terhadap citra yang keliru tentang Islam di dunia saat ini.

Apabila kalian menggali sebuah perigi, kalian harus menggalinya jauh ke dalam sampai kalian menemui sumber mata airnya. Dapatkah perigi itu penuh tanpa mencapai sumber yang dalam itu ?. Bila kalian brgantung pada hujan atau sumber luar bagi mengisinya, maka air itu akan diserap oleh tanah. Lalu bagaimana kalian dapat menggunakannya. Hanya jika kalian menggalinya cukup dalam untuk mendapatkan mata air, maka kalian akan sampai pada sumber air yang tidak akan habis-habis. Demikian halnya, jika kalian hanya membaca kitab suci, tanpa menggalinya lebih dalam untuk mencari maknanya.

Pada suatu hari ada seorang yang sangat terpelajar yang bernama al-Ghazali, yang telah menulis sebanyak 999 buah buku tentang Tuhan. Ketika dia hendak menyelesaikan bukunya yang ke 1000 dia mulai berfikir, “Saya telah menulis apa pun yang akan dikatakan tentang Tuhan. Tidak ada lagi yang tercicir.”

Pada suatu hari dia pergi ke sebuah pinggir sungai di dekat kota Roma. Setelah dia menurunkan buku-bukunya dari atas untanya, dia memasak nasi, mandi dan kemudian duduk untuk menulis kata penutup dari bukunya yang terakhir. Tiba-tiba dia melihat seekor burung sebesar burung pipit yang terbang ke arah sungai itu. Dia terbang ke pohon di atas Imam al-Ghazali yang sedang menulis. Dia bertenggek pada ranting dan menjatuhkan dua tetes air dari paruhnya yang cantik ke atas buku Imam al-Ghazali, kemudian terjun ke permukaan air kembali ke tempatnya semula dan sekali lagi menjatuhkan dua tetes air lagi ke atas buku itu.

Imam al-Ghazali mengetahui bahasa burung, kerana itu dia bertanya, “Hai burung apa yang sedang engkau lakukan ?.”

Burung itu menjawab, “Saya ingin mengeringkan sungai ini.”

Kerana takjub, al-Ghazali berkata, “Apakah kamu bermaksud untuk mengeringkan air ini semuanya. ? Mengapa. ? Kamu hanya mampu membawa satu atau dua tetes air dalam satu kali. Kerana itu bagaimana mungkin kamu dapat berharap untuk memindahkan air itu semuanya. ?”

“Tentu saja saya dapat,” burung itu menjawab. “Dan saya betul-betul akan memindahkan air itu semuanya.”

“Tetapi bagaimana mungkin kamu mampu melakukan hal itu ?” al-Ghazali bertanya.

“Baiklah,” burung yang cantik itu menjelaskan kepadanya. “Kamu telah mengatakan bahawa kamu telah memperoleh segala sesuatu untuk dituliskan tentang Allah. Jika dapat ditulis kata penutup untuk menjelaskan tentang Allah dan keagungan-Nya dalam 1000 buah buku, tentu saja hal itu bererti saya juga mampu mengeringkan sungai ini.”

“Burung yang cantik itu telah menjelaskan kebenaran kepada saya,” Fikir Imam al-Ghazali, “Saya telah menyia-nyiakan waktu membawa setumpuk buku yang hanya merupakan sekelumit ilmu pengetahuan. Saya kira itulah makna dari sungai ini. Buku-buku ini tidak berguna dan harus saaya buang.”

Oleh kerana itu ke 1000 buku itu telah dilemparkannya ke dalam sungai. Kemudian burung yang cantik itu berkata kepadanya, “Jika kau tidak dapat menulis segala sesuatu tentang Allah secara lengkap, maka tentu saja saya juga tidak mampu mengeringkan sungai ini. Kerana itu saya akan menguruskan Urusan Saya Sendiri. Semoga kasih sayang Allah tercurah kepadamu.”

“Dan semoga kasih sayang-Nya juga tercurah untukmu.” Jawab Imam al-Ghazali.
Sekitar tiga atau empat dari buku itu terselamat dan sekarang tersebar di seluruh dunia sebagai karya Imam al-Ghazali..

Akhir kata sebuah kitab yg sgt3 baik.. MySpace

2 Respons to “Tasawuf Mendamaikan Dunia”

  1. subhanallah

  2. salam tuan
    dimana saya nak beli buku ini?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: