Huraian Jauharah Tauhid


Buku 1: Permata Ilmu Tauhid
Kitab Asal: Jauharatut Tauhid
Oleh: Syekh Ibrahim al-Laqqoni
Keluaran: Pustaka Jiwa
Halaman: 639 mukasurat

Salam..

Beliau adalah as-Syaikul Alim al-Allamah Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad as-Syafii al-Bajuri. Beliau berguru kepada ulama besar dan terkemuka antaranya adalah Syeikh Abdullah as-Syarqawi.

Syekh Ibrahim al-Laqqoni adalah seorang ulama yang sentiasa sibuk dengan belajar dan mengajar dan memberi manfaat. Lidahnya sentiasa basah kerana sering membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah swt.

Antara bab-bab yang terkandung kedalamnya.
Bab 1.  Muqaddimah
Bab 2.  Uluhiyyah ( Masalah Ketuhanan)
Bab 3.  Nabawiyyat (Masalah Kenabian)
Bab 4.  Lain-lain Keterangan.


Buku 2: Huraian Jauharah Tauhid – Bahagian Ketuhanan Jilid 1
Kitab Asal: Jauharatut Tauhid
Oleh: Syekh Ibrahim al-Laqqoni
Keluaran: PMRAM
Halaman: 287 mukasurat

Sesungguhnya ilmu Tauhid adalah di antara ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap mukallaf untuk meyakini agama ini dengan cara yang sebenarnya. Lantara memahami perkara di atas, maka lahirlah kitab-kitab yang dikarang dengan uslub yang sesuai di zaman masing-masing dan mengikut bentuk cabaran semasa.

Diantara kitab-kitab yang lahir itu ialah Matan jauharah Tauhid yang ditulis oleh Allamah al-Laqqoni dengan arahan dari gurunya yang bernama Syeikh Ahmad Arab as-Syurbuni. Setelah selesai menulis Matan Jauharah, Allamah al-Laqqoni telah mensyarahkan matan tersebut kepada tiga buah kitab. Kemudian raailah dari kalangan ulama yang mensyarah dan membuat hasyiah kepada matan tersebut bertujuan untuk memahamkan isi kandungan matan tersebut dengan lebih terperinci

Sebab utama para ulama mengambil berat di dalam mensyarahkan dan menhasyiahkan matan Jauharah ialah matan tersebut mempunyai cirri-ciri.
1.Mengandungi pendapat yang terpilih dari mazhab Asya’irah
2. matan tersebut meliputi semua perbahasan ilmu Tauhid
3.Bahasa yang digunakan adalah mudah difahami

Bab yang terkandung kedalamnya adalah bab Muqaddimah dan bab Ketuhanan.


Buku 3: Mutiara Tauhid – Asas Akidah
Kitab Asal: Hidayatul Murid ila Jauharit Tauhid
Oleh: Syekh Ibrahim al-Laqqoni
Syarah Oleh: Syeikh Bakri Rejab
Keluaran: Al Shafa
Halaman: 199 mukasurat

Pensyarah kitab Syekh Ibrahim al-Laqqoni mensyarahkannya dengan sangat panjang sehingga para pelajar sukar untuk memahaminya. Lalu di ringkaskan oleh Syeikh Bakri Rejab bagi memenuhi keinginan para pelajar. Ia bukan hanya meringkaskan syarah kitab itu, akan tetapi juga memilih tajuk-tajuk yang sesuai dengan pembahasan dari kitab-kitab lain.

Dalam Tauhid ada ungkapan Awaluddin Makrifatullah. Maksudnya yang pertama sekali ditekankan dalam beragama adalah mengenal Allah swt. Mengenal Allah swt adalah dengan cara mengetahui sifat-sifat-Nya, sama ada yang wajib, yang mustahil dan juga yang harus.

Antara bab-bab yang terkandung kedalamnya.
Bab 1.  Ketuhanan
Bab 2.  Nabi dan Rasul
Bab 3.  Hari Kiamat dan Mahsyar
Bab 4.  Ulama Tauhid Terkemuka.

Akhir kata sebuah kitab yg sgt3 baik..  MySpace

3 Respons to “Huraian Jauharah Tauhid”

  1. assalamualaikum….

    di mana boleh dapatkan buku matan jauhara versi bahasa melayu…

    berapa harganya : RM ?

    balas secepat mungkin…

    hamba Allah.

    • w/salam.. salam juga buat Tuan.. Klu hanya matan bg kitab Jauhara Tauhid ana xtahu ade ataupun xde yg dlm ruminy.. tapi klu kitab syarahny spt yg ana postkn Insya Allah..

      Kitab Permata Ilmu Tauhid : Syarah bg matan kitab jauhara yg paling lengkap.. kitab nie ana beli kat Pustaka Mukmin dekat jalan TAR, Hargany dalam RM25..

  2. tuan syaikh…boleh tak saya tempah dgn tuan syaikh syarah matan jauhara ni…skrg sy d sabah..buku tu tak da jadi kiranya, kalau tuan syaikh boleh tolong nanti sy ban in kn duit…boleh kn pos kn…pebelnjaan sya yg akan tanggung…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: