Qatrul Ghaisiah


Titisan Hujan Dalam Ilmu Sufi
Kitab Asal: Qatr al Ghaithiyyah fi ilmi al Sufiyyah ala Syariah al Muhammadiah
Oleh: Al Allamah Husin Nasir al Banjari
Terjemahan Oleh: Amdan Hamid
Keluaran: JahaBersa
Halaman: 122 mukasurat

Salam..

Beliau adalah as-Allamah Husin Nasir ibn Muhammad Toyyib al Mas’udi al Banjari yang masyhur dengan panggilan Tuan Husin Kedah.

Antara bab-babnya.
Bab 1. Muqaddimah
Bab 2. Pengambilan Nas-Nas dan Maksudnya
Bab 3. Keadaan Orang2 yang Musyahadah Haq Taala
Bab 4. Kata2 Hikmah
Bab 5. Halangan Orang2 Salik
Bab 6. Penutup


Titisan Hujan Lautan Sufi
Kitab Asal: Qatr al Ghaithiyyah fi ilmi al Sufiyyah ala Syariah al Muhammadiah
Oleh: Al Allamah Husin Nasir al Banjari
Terjemahan Oleh:Al Faqir ilallah al Qawiyy Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki
Keluaran: Sofa Production
Halaman: 121 mukasurat

Inilah sebuah risalah kecil yang menerangkan perkara yang tidak dapat tidak bagi setiap mukallaf itu mengetahuinya daripada ilmu Hakikat dan Tasawuf. Iaitu, yang hamba (Tuan Husin Kedah) pungut secebis daripada kalam2 ulama yang muhaqqiqin dalam ilmu ini. Kebanyakkannya, daripada kitab Tuhfah al Mursalah, karangan Syeikh Muhammad ibn Syeikh Fadhlullah al Hindi, Syarah oleh Syeikh Abdul Ghani ibn al Nablusi. Kitab Hikam Nasar karangan Syeikh Ahmad ibn Muhammad ibn Abdul Karim ibn Ato’illah al Sakandari. Kitab Kibrit al Ahmar karangan al Sayyid Abdullah ibn Abi Bakar al ‘Aidarus dan kitab Munyah al Faqir al Muttajir di atas Matan Ajrumiyyah Nahu karangan Syeikh Abdul Qadir ibn Ahmad al Kuhani.

Kitab ini disusun dengan satu Muqaddimah, empat fasal dan satu khatimah (penutup).


Al-Jawahir al-Sufiyyah
Kitab Asal: Qatr al Ghaithiyyah fi ilmi al Sufiyyah ala Syariah al Muhammadiah
Oleh: Al Allamah Husin Nasir al Banjari
Terjemahan Oleh: Dato’ Sheikh Zakaria Bin Hj Ahmad Wan Besar
Keluaran: Mahzum Book Services
Halaman: 116 mukasurat

Kitab ini disusun oleh seorang ulama yang alim lagi arif dalam bidang pengajian Islam, iaitu Dato’ Sheikh Zakaria Bin Hj Ahmad Wan Besar yang telah membuat huraian dan kupasan lebih lanjut bagi memudahkan kefahaman kepada ahli masyarakat masa kini berkaitan dengan sebuah kitab yang ditulis oleh al-fakir billah Tuan Guru Husin Nasir al-Banjari (Tuan Husin Kedah). Perbincangan kitab ini ditumpukan kepada tajuk2 asas dalam bidang ilmu tasawuf bagi memberi gambaran awal maksud ilmu tersebut. Pendedahan sebegini dapat membantu masyarakat awam memahami secara baik dan tersusun persoalan berkaitan dengan ilmu tasawuf.

Perbincangan ilmu tasawuf diberi penumpuan dalam beberapa tajuk asas dengan dilengkapi empat fasal. Antara tajuk2 penting ialah dasar tasawuf, nas-nas asas ilmu tasawuf, musyahadah, sifat ahli tasawuf, faktor penghalang ahli tasawuf untuk beribadah kepada Allah swt dan hal ehwal berkaitan dengan maqam, adab bersuluk dan cara bersuluk.

Akhir kata sebuah kitab yg sgt3 baik..  MySpace

2 Respons to “Qatrul Ghaisiah”

  1. Rupanya ada bebagai versi terjemahan kitab ni. Saya ada menyimpan kitab versi asal tulisan Jawi yang merupakan peninggalan arwah ayah saya. Saya juga ingin berkongsi ilmu berkenaan kitab ni dengan sesiapa yang berminat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: