Lebih Dekat Kepada Allah


Lebih Dekat Kepada Allah
Kitab asal: Iqazh al-Himam fi Syarh al-Hikam
Oleh: Ahmad bin Muhammad bin Ajibah al-Hasani
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 683 mukasurat

Salam

Beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Ajibah al-Hasani yang lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Ajibah semoga Allah melindungi dan mencintainya. Ibnu Ajibah telah menulis syarah kitab Hikam Ibn Athaillah ra secara syarah mutawassith (pertengahan).

Berkata Ibn Athaillah ra:
“Kadang Dia membukakan pintu ketaatan untukmu dan tidak membukakan pintu penerimaan-Nya.”

Tidak ada ertinya ketaatan jika tidak ada penerimaan. Seperti tidak bererti sebuah permintaan tanpa pemenuhan permintaan itu. Ketaatan adalah perantara bagi cinta Yang ditaati dan penghadapan Yang ditaati kepada yang mentaati. Sehingga dibukakan pintu di depannya, penghalang dihilangkan dari hatinya dan didudukkan di hadapan Sang Kekasih. Jika pintu amal dibukakan, dan kau meraihnya sampai pada puncak keinginan, tetapi kau tidak menemui buahnya, tidak merasakan manisnya, iaitu tenang dengan Allah dan merasa sunyi dari selain-Nya, merasa terjamin dengan-Nya, takut kepada-Nya, merasa puas dengan ilmu-Nya, dan merasa cukup dengan pemberian-Nya, maka jangan tertipu oleh semua itu. Kerana kadang pintu ketaatan dibukakan untukmu dan Dia membangkitkanmu untuk melayani-Nya, tetapi Dia tidak membuka pintu penerimaan dan menahanmu untuk sampai kepada-Nya. Kemudian kau bergantung pada ketaatan, cenderung padanya, tenang dengannya, rasa manisnya membuatmu sibuk dan lupa untuk naik menuju manisnya penyaksian pada Pemberi Nikmat.

Seorang Sufi berkata: “Hindarilah manisnya ketaatan, kerana manisnya ketaatan adalah racun yang mematikan. Ketaatan itu menahan pemiliknya di maqam pelayanan (ibadah) dan terhalang dari maqam cinta. Betapa jauh perbezaan antara orang yang sibuk melayani-Nya dengan orang yang dipilih untuk mencintai-Nya dan hadir di hadapan-Nya.”

Akhir kata suke sgt3 dgn kitab nie.. MySpace

2 Respons to “Lebih Dekat Kepada Allah”

  1. Assalamualaikum.. Bagaimana caranya sy ingin membeli kitab hikam karangan Ibnu ajibah ini…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: