The Wisdom of al-Hakim al-Tirmidzi


The Wisdom of al-Hakim al-Tirmidzi
Oleh: Al Hakim Al Tirmidzi
Terjemaha: Kitab Adab al-Nafs dan Kitab Riyadhat al-Nafs
Keluaran: Serambi
Halaman: 272 mukasurat

Salam..

Beliau adalah Abu Abd Allah ibn Muhammad ibn al Hasan ibn Bisyr, lahir di Tirmidz, salah satu daerah di sekitar Persia, kira-kira pada awal abad ke 3 H dan wafat pada 320 H. Ia dikenali sebagai ahli hadis yang zuhud dan ahli sufi yang ternama. Begitu pentingnya pendidikan jiwa, al-Hakim al-Tirmidzi menyibukkan diri dengan masalah ini. Ia habiskan usianya untuk mengulas masalah ini dan ia wariskan sejumlah karya tulisannya yang membimbing manusia ke jalan yang benar.

Allah menciptakan lauh mahfuz
Dan menetapkan takdir manusia sama
Sekali bukan untuk kepentingan diri-Nya.
Akan tetapi, supaya hati menjadi yakin,
Jiwa menjadi tenang, dan percaya bahawa segala
yang dialami sudah digariskan sebelumnya.

Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika kalian mencintai-Nya. Kalian akan mencintai-Nya jika kalian mengenal-Nya. Semakin tinggi pengenalanmu terhadap Tuhan, semakin tinggi pula darjetmu dan semakin terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri.

Jiwa merasa letih semasa beribadah, kerana kalian tidak tahu sama sekali buahnya ibadah. Kalian bagaikan orang yang disuruh memikul sesuatu barang.
“Bawalah barang ini !”.
Hati kalian keberatan membawa barang itu kerana tidak tahu tujuannya.
Tetapi berbeza sekiranya dikatakan,
“Bawalah barang ini, dan ini wang upahnya”.
Kalian pasti bersemangat mengangkat barang itu dan mengabaikan rasa letih, sehingga beban terasa ringan. Hati dan anggota tubuh menguat, kerana kalian melihat upah di depan mata.
Kalau kepadanya dikatakan,
“Bawa barang ini, jika tidak kalian akan dipenggal atau dibakar jika menolak”.
Kalian tentu akan membawa barang itu kerana takut. Beban terasa ringan, kerana hati berhasrat untuk membawanya demi menyelamatkan diri.
Atau, jika kalian dikatakan, “Bawa barang ini, dan ingat kalian sedang diawasi oleh raja !”.
Hati tidak akan merasa keberatan, kerana kalian sangat menghormati raja. Kalian akan membawa barang itu dengan hati yang bulat kerana sadar bahawa diri kalian sedang diamati oleh raja.

Demikian juga orang yang jiwanya sadar dan hatinya terbuka. Ia mengetahui sesuatu yang lebih agung dan lebih berharga daripada segala yang terungkap oleh indra di dunia ini. Hati menyakininya, ketika memperolehi nikmat, mengakui nikmat itu dari Allah swt. Kerana itulah, ia menerima nikmat dengan rasa malu, kadang bahagia, kadang khawatir dan kadang kala takut. Saat mendapat musibah, ia melihatnya dengan kacamata keyakinan bahawa Allah swt menghendaki musibah itu menimpanya. Ia lalu berbaik sangka kepada Allah kerana yakin bahawa Dia lebih menyayangi dan lebih mengasihinya daripada dirinya sendiri.

Hati diliputi oleh dua tirai. Tirai pertama yang sangat tebal dan gelap adalah tirai kekufuran. Apabila tirai ini sirna, tinggal satu lagi tirai yang menghalangi hati dari Tuhan Yang Maha Agung lagi Mahamulia, iaitu tirai Kelalaian, yang menyebabkan orang lalai dan lupa kepada Allah swt. Tirai ini membuat jiwa berada dalam kegelapan. Akibatnya, orang yang sudah berserah diri serta mengakui, menyakini dan menerima ketentuan Ilahi, terdorong untuk berbuat maksiat. Tirai inilah yang membuat seseorang merisaukan tentang Rezeki.

Akhir kata sebuah kitab yg cukup baik.. MySpace

Tiada Respons to “The Wisdom of al-Hakim al-Tirmidzi”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: