Mempertajam Mata Hati Dalam Melihat Allah


Mempertajam Mata Hati Dalam Melihat Allah
Kitab asal: Al Haawaa Litahdziibin Nufuus
Oleh: Ibn Athaillah Iskandary
Keluaran: Pustaka Muda
Halaman: 247 mukasurat

Salam

Tanpa kita sadari jiwa kita biasanya tercemar oleh penyakit hati yang biasa mengarahkan kita menuju kepada perbuatan-perbuatan yang melanggar larangan dan perintah Allah swt. Apabila hati dan jiwa kita telah tercemar oleh sifat-sifat yang tercela nescaya kehidupan kita sehari-hari akan diwarnai oleh dosa. Oleh kerana itu sebaiknya sejak mula kita berusaha menghilangkan sifat-sifat dan perangai buruk yang telah hinggap dihati kita.

Zikir (Mengingat Allah) itu penting bagi kita kerana dengan zikir itu kita akan mengenal Tuhan yang telah menciptakan dirinya dan seorang akan mengenal dirinya sendiri mengetahui akan kelemahan yang selalu dialaminya. Dalam keadaan taat, saat berzikir kepada Allah akan lahir suatu keyakinan bahawa ketaatan yang diperbuatnya merupakan karunia Allah dan dengan taufik-Nya. Dengan keyakinan ini akan terhindarlah ia dari sifat ujub, iaitu menyandarkan ketaatan kepada perbuatannya sendiri kerana amalan yang seperti itu merupakan penyakit yang meruntuhkan pahala dari amal ibadahnya.

Apabila kalian telah dibukakan jalan makrifatullah maka sesungguhnya dengan kemakrifatan itu janganlah sampai kalian menghiraukan amalannya yang sedikit, maka sesungguhnya Allah tidak membukakan jalan kemakrifatan bagimu kecuali kerana menghendaki pengenalan kepada-Nya.

Tidakkah kalian mengerti bahawa makrifat itu adalah sebuah anugerah Allah kepadamu, sedangkan amal perbuatan kalian hanyalah merupakan sebahagian imbalan pengabdian kepada-Nya. Jika begitu dimanakah letaknya berbezaan antara pengabdian kalian kepada-Nya dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kalian.

Zun Nun al-Misri menerangkan bahawa makrifat orang arif akan terus-menerus bertambah. Dengan bertambahnya makrifat maka bertambah juga dekatnya kepada Allah. Kemudian Zun Nun al-Misri ditanya dengan apa orang mengenal Tuhannya. Beliau menjawab: ”Ku kenal Tuhanku dengan nikmat Tuhanku, kalau tidak dengan nikmat Tuhanku, nescaya aku tidak mengenal Tuhanku.”

Akhir kata sebuah kitab yg amat3 baik.. MySpace

Tiada Respons to “Mempertajam Mata Hati Dalam Melihat Allah”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: