Rangkaian Sastera Sufi


Rangkaian Sastera Sufi
Oleh: Dr. Baharudin Ahmad
Keluaran: ISTAC, IIUM
Halaman: 274 mukasurat

Salam..

Menurut Syeikh Saadi Shiraz ia telah menghabiskan satu pertiga dari kehidupannya untuk menuntut ilmu, sepertiga lagi untuk mengembara dan ingin menghabiskan sepertiga hayatnya untuk beribadah. Namun disebabkan permintaan rakannya maka ia menulis Gulistan pada sepertiga akhir hayatnya. Saat pagi hari, temanku mengisi ke dalam jubahnya dengan berbagai macam bunga, seperti bunga sepatu, bakung dan rerumputan segar untuk dibawa ke kota. Aku berkata kepadanya, “Engkau tahu bunga-bunga di taman itu akan mati dan musim akan sering berganti. Bak kata ahli falsafah, “Apa saja yang tidak abadi, tidak akan dihargai.”

Jika diperiksa setiap helaian
Daun dan ranting dalam rangkaian
Kiranya ditulis setiap kepingan
Setiap daun dari pohonan
Ibarat daun-daun Pohon Kejadian.

Cinta ibarat cahaya kehidupan
Menjadi pelita lilin kebahagiaan
Ibarat gula manis di mulut
Yang lain cuma kertas pembalut

Pada suatu hari salah seorang daripada manusia berkata kepada dirinya: “Apakah makna kesemuanya ini ?. Angkara siapakah segala kejadian dan perbuatan ini ?. Aku akan cuba pergi mencari jawabannya kepada semua ini dan setelah itu aku akan mengubah apa yang berlaku dan patut terjadi.”

Maka bermulalah perjalanannya. Tetapi nanti dulu. Ada 1001 jalan. Jalan manakah yang harus dituju ?.

Dia berdiri dan berkata, “Aku akan bertanya kepada tanah tentang kehidupan, kerana tanah mengandungi banyak perbendaharaan dan keajaiban”, Lalu tanah berkata, “Aku juga sangat bersedih seperti kamu kerana aku tidak tahu Rahasia Kehidupan. Aku bergantung kepada manusia, akan segala perbuatan mereka terhadapku. Di dalam aku hanya mayat si mati, bagaimana aku tahu akan erti kehidupan ?.”

Manusia itu beralih pula kepada lautan kalau-kalau air dapat memberi jawaban. “Aku tidak dapat menghilangkan dahagamu akan ilmu.” Kata lautan. “Aku sendiri dahaga dan menanti air dari muara sungai, betapa dapat aku menghilangkan dahagamu ?.”

“Mungkin angin tahu rahasia kehidupan” kata orang itu. Namun angin berkata, “Aku tidak mempunyai daya dan tidak tahu arah dituju, aku menuju ke selatan sebentar ke utara, sebentar ke arah yang lain. Aku juga bersedih seperti kamu dan tidak tahu rahasia kejadian”.

“Mungkin api tahu jawabannya” kata orang itu. “Bagaimana dapat aku berikan jawabannya. Aku juga bersedih seperti kamu. Kadang-kadang aku binasakan sesuatu tanpa mengetahui sbabnya. Aku juga takut mati jika tidak ada benda yang dapat aku bakar”.

Orang itu kemudian bertanya kepada matahari, bulan dan bintang tetapi kesemuanya berkata mereka juga jahil kerana mereka tidak lebih daripada bahan unsur-unsur kejadian.

Orang itu tidak tahu mana ingin ditujunya lagi dan kembali bertanya kepada bumi, kalau-kalau mereka boleh menceritakan makna dan tujuan kehidupan, tetapi dia kecewa kerana mereka berkata “Tidakkah engkau yang bertanggungjawab terhadap kami. Bukankah engkau manusia, satu-satunya kejadian yang mempunyai akal fikiran ?”.

“Aku harus bertanya kepada akalku” kata orang itu kepada dirinya. Akal fikiran menghilang apabila ditanya soalan sebegitu. Bukankah akal itu alat orang yang tidak mempercayai ?. Bukankah orang yang percaya itu berfikir dengan kalbunya ?. Namun hati secara diam-diam berkata kepada orang itu bahawa ianya hanya alat yang menerima pantulan dari mentari jiwa.

Dengan penuh kesal orang itu kembali ke rumahnya dan duduk termanggu di depan rumah. Kemudian tidak semena-mena ia terdengar suara dari laut jiwa alam. “Kamu kecewa mencari hakikat kejadian alam dan kini kamu terdampar di pantai kejadian alam. Kamu adalah sebahagian dari aku. Tenggelamkanlan jiwamu ke dalam dirimu dan di sana engkau akan bertemu jawaban yang engkau cari”.

Tanpa berlengah orang itu menenggelamkan jiwanya ke dalam lautan dirinya. Apabila azan subuh kedengara, orang itu tersedar kepada segala keindahan kejadian dan reality kejadian. Ia sedar kerana ia tidak lagi menjadi penghalang kepada pencariannya. Begitulah bermulanya satu padi yang indah di dalam kehidupannya.

Akhir kata suka sgt3 dgn kitab nie..  MySpace

Tiada Respons to “Rangkaian Sastera Sufi”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: